Advertisement

Cara Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023 Online dan SMS

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada 9 Mac 2023. Semakan Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Dapatkan Slip Keputusan penuh UPKK di sekolah masing-masing. Login Portal JAKIM Online.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 / 2023

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 akan diumumkan pada 9 Mac 2023.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pada 2 Mac 2023.

Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK secara online atau melalui SMS.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang UPKK dan cara semakan keputusan secara online.

Apakah UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu

Amali Solat
Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
Tilawah Al-Quran
Pelajaran Jawi dan Khat
Sirah
Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
Adab (Akhlak Islamiah)
Lughah Al-Quran
Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Tarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2022
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA akan diumumkan pada 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang.

Rujuk kenyataan media penuh oleh JAKIM dan kaedah semakan yang boleh dilakukan di bawah:

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Bil.2/2023

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.
  2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
  3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :

i. UPKKNo. MyKid/No. Kad Pengenalan KhasNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau

ii. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

  1. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
7 Mac 2023

(Link asal : https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/pfbid0k5WfyZY2VGcoQoFp5Lix5F1nbsqXRP3PtnY3qxmAsG1QzYtxvWX3oeHoP9gBrpYUl)

Cara Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut

KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE

Laman Web khas JAKIM di capaian https://semakan.islam.gov.my

KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKKNoMyKid/NoKadPengenalanKhasAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

*(Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 4 petang, 9 Mac 2023 hingga jam 11 pagi, 23 Mac 2023)

Advertisement


Leave a Comment