Advertisement

Cara Mohon Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Kemaskini! Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tahun 2024 | Cara Daftar dan Semakan Status Kelulusan | Login SARA dan MySTR

PEMBERIAN BANTUAN SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) BAGI KATEGORI PENERIMA STR 2024 YANG LAYAK

TERKINI : Manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024

Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Dalam Belanjawan Madani 2023, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM600.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Apakah Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

TERKINI : Bantuan SARA 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 di mana 700 ribu penerima STR akan terima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Semakan Kelayakan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023.

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda digalakkan untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:

LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Advertisement


Leave a Comment