Advertisement

Cara Semak Status Kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Kemaskini! Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023, Jumlah Bayaran STR dan Jadual Tarikh Bayaran, Syarat dan Kelulusan Permohonan, Cara Daftar, Semakan Status Kelayakan STR, Login dan Log Masuk Kemaskini BTR.

TERKINI: Bantuan Tunai Rakyat dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Dibayar Mulai ESOK 17 Januari 2023 (Selasa) – Semakan Status Kelulusan STR | Login STR 2023

RM300 : Isi Rumah

RM100 : Warga Emas Tiada Pasangan

RM100 : Bujang

Info Lanjut dan Cara Semakan Status:

Log Masuk Semakan status –  https://bantuantunai.hasil.gov.my.

PERMOHONAN STR TIDAK LULUS ? – IKUTI LANGKAH UNTUK RAYUAN DAN KETAHUAI KOD ALASAN TIDAK LULUS/LAYAK – KLIK DISINI @ https://ekerajaan.com/rayuan-str/

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BTR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Jumlah Bayaran Setiap Kategori Penerima

Kategori PenerimaKadar STR Fasa 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Advertisement


One Pingback

Leave a Comment