Cara Mohon Bantuan Kewangan OKU & Program Pendidikan Khas 2023
Bantuan Kewangan OKU dan Program Pendidikan Khas merupakan biasiswa atau keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU dan ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU.
Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima biasiswa ini.
Menariknya, bantuan kewangan ini ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga OKU tersebut sebagai syarat kelayakan.
Skop Pembiayaan & Peringkat Pengajian
Skop pembiayaan adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
Bagi peringkat pengajian, bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja.
Namun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan ini.
Ini bermakna, pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:
- Sijil- 2 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).
- Diploma- 3 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000)
- Sarjana Muda- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
- Diploma Lepasan Ijazah- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
- Sarjana- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
- Ph.D- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
Yuran Layak & Tidak Layak Dituntut
Kategori yuran yang layak dan tidak layak dituntut adalah seperti berikut:
i) Yuran Layak Dituntut
- Yuran pendaftaran pengajian
- Kad kampus/kad matrik
- Yuran perpustakaan
- Yuran peperiksaan
- Yuran perkhidmatan
- Yuran ko-kurikulum/sukan
- Yuran graduasi (jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)
- Yuran pemeriksaan/yuran tesis
- Yuran komputer
- Yuran peralatan/bahan makmal
ii) Yuran Tidak Layak Dituntut
- Yuran penempatan/yuran asrama
- Insuran kesihatan/perlindungan insuran
- Yuran kebajikan/persatuan/alumni/aktiviti/khairiat
- Yuran kelengkapan/tabung pengurusan MPA
- Yuran pencalonan
- Tabung kecemasan
- Elaun buku
- Elaun sara hidup
- Elaun tesis
- Elaun latihan amali/klinikal/kerja lapangan
- Elaun perjalanan/tambang
- Elaun akhir pengajian
- Elaun penyelidikan
- Elaun pengangkutan
Syarat Permohonan
Pemohon tertakluk kepada syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:
- Pelajar warganegara Malaysia.
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
- Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
- Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
- Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
- Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
- Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut.
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan boleh dilakukan seperti berikut:
- Untuk mendaftar, sila muat turun borang pendaftaran di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/11878782.pdf.
- Untuk membuat tuntutan borang pengajian, sila klik di pautan ini https://cdn.me-qr.com/pdf/11878864.pdf.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar dokumen ini secara hardcopy di kaunter Bahagian Biasiswa (Aras 2), KPT atau melalui e-mel di bkoku@mohe.gov.my.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar untuk pendaftaran adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad JKM
- Salinan Kad Matrik
- Salinan Surat Tawaran
- Salinan No. Akaun Bank Islam
- Salinan Malaysian Qualifications Agency (MQA) (bagi permohonan kali pertama)
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (bagi pelajar sedia ada)
- Invois/Resit
- Maklumat Bank IPTA/IPTS/Kolej Komuniti/Politeknik (jika kemukakan Invois) atau pengesahan semester pengajian (jika resit yang dikemukakan tiada maklumat semester pengajian)
Keterangan Lanjut
Untuk keterangan mengenai Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/index.php.
Advertisement