Advertisement

Cara Mohon Hadiah Pengajian IPT Selangor 2023

Kemaskini! Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor 2023 DiBuka. Syarat dan Kelayakan dan Kadar Bantuan Serta Semakan Kelulusan dan Tarikh Tutup

HPIPT ialah hadiah pengajian yang diberikan kepada siswa baharu anak Selangor yang melanjutkan pengajian di IPT sama ada di Universiti Awam (UA) atau IPT Swasta.

Pemberikan hadiah ini adalah sebagai dorongan untuk anak-anak Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi terutamanya mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat memohon hadian pengajian ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun.
  2. Pemohon telah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama sama ada di UA atau IPTS bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sahaja.
  4. Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga pemohon tidak melebihi RM5,000.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://hpipt.selangor.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan HIPT dan kemudian klik butang ‘Daftar Baharu.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  6. Masukkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  7. Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
  8. Klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan tersebut.
  9. Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:

    Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  3. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon.
  4. Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
  5. Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
  6. Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
  7. Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja) untuk:
    – Pemohon
    – Ibu
    – Bapa
  8. Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
  9. Salinan Sijil Berhenti sekolah rendah darjah 1-6 dan sekolah menengah tingkatan 1-5.
  10. Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji ibu dan bapa/Penjaga pemohon (jika masih bekerja).
  11. Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT; atau
  12. Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
  13. Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.

Prosedur Pembayaran

Permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang diletakkan di dalam permohonan.

Hanya permohonan yang menepati syarat dan didapati lengkap sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia HPIPT ditalian 03-55447385 atau 03-55215523.

Advertisement


Leave a Comment