Advertisement

Cara Daftar Kelahiran Anak Online Terkini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Kemaskini! Cara Pendaftaran Kelahiran Anak JPN Online Dalam Talian dan Kadar Bayaran Yuran / Fi yang dikenakan.

JPN telah membuat satu inisiatif baru dengan membangunkan platform baru Sistem Pra Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian bagi merakyatkan perkhidmatan awam.

Hanya individu dalam senarai berikut sahaja yang layak mendaftar kelahiran bayi:

  • Ibu atau bapa kanak-kanak itu
  • Penjaga
  • Individu yang mengetahui atau menyaksikan kelahiran anak tersebut
  • Ibu dan bapa kanak-kanak itu (untuk pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf)

Mudah je sekarang, hanya daftar online tak perlu pergi ke JPN beratur. Berikut adalah cara daftar secara online :

  1. Layari Portal JPN: https://www.jpn.gov.my
  2. Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (atau imbas terus kod QR dalam poster di atas).
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  4. Paparan utama laman web sistem adalah seperti di bawah.
  5. Pengguna hendaklah terlebih dahulu mendaftar di pendaftaran-kelahiran-online-jpn sebelum dibenarkan log masuk ke dalam sistem.
    i. Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar buat kali pertama; atau
    ii. Klik Log Masuk jika sudah berdaftar
  6. Halaman pendaftaran pengguna baharu akan dipaparkan.
  7. Pengguna baharu mesti mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan untuk proses pendaftaran
    i. Pastikan ruangan nama penuh diisi dengan nama yang sama seperti pada kad pengenalan dan;
    ii. Alamat e-mel yang diberikan wujud untuk tujuan menghantar pemberitahuan pengaktifan pendaftaran akaun.
  8. Pengguna akan menerima e-mel daripada mygovernment@malaysia.gov.my.
  9. Tekan pada butang untuk mengaktifkan akaun anda.
  10. Selepas tekan pada pengesahan pendaftaran melalui e-mel, pemohon akan ditunjukkan ke halaman web utama, di sini pemohon perlu membuat kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) untuk proses pengaktifan akaun pengguna.
  11. Pemohon akan dipaparkan kepada pemberitahuan pengaktifan kata laluan yang berjaya, sila klik di sebelah untuk log masuk buat kali pertama.
  12. Pengguna perlu memasukkan No MyKad atau e-mel dan kata laluan yang didaftarkan
  13. Pengguna akan dibawa ke halaman utama sistem selepas pengguna berjaya log masuk.

Cara Isi Borang Pendaftaran Kelahiran Online JPN

  1. Sila baca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.
  2. Sila klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan.
  3. Pengguna perlu melengkapkan borang, dan klik butang “Seterusnya“.
  4. Teruskan dan klik butang “Daftar“.
  5. Lengkapkan status Status Perkahwinan dan klik butang “Daftar“.
  6. Berikut adalah paparan permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  7. Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat dalam tempoh 60 hari dari tarikh lahir.

Yuran Daftar Kelahiran & Kematian Semenanjung

Fi/ yuran pendaftaran kelahiran dan kematian bagi semenanjung Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Permohonan PENDAFTARAN LEWAT LAHIR ATAU KEMATIAN: RM50.00
  2. Permohonan pendaftaran atau pertukaran nama anak sebelum tamat SETAHUN dari tarikh lahir: RM5.00
  3. Permohonan pendaftaran anak yang namanya telah didaftarkan TANPA NAMA selepas 12 bulan dari tarikh lahir: RM50.00
  4. Permohonan pendaftaran nama seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun kelahirannya telah didaftarkan TANPA NAMA: RM50.00
  5. Permohonan untuk pendaftaran kelahiran orang yang dinyahklasifikasikan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh orang itu dinyahklasifikasikan: RM50.00
  6. Permohonan untuk carian : RM10.00
  7. Permohonan SALINAN SIJIL yang telah disahkan : RM5.00
  8. Permohonan PEMBETULAN FAKTA atau KESILAPAN KANDUNGAN dalam daftar: RM50.00

Maklumat Lanjut :

Untuk info lanjut berhubung pendaftaran kelahiran JPN, sila rujuk maklumat melalui platform berikut:

Advertisement


Leave a Comment