Advertisement

Cara Mohon dan Daftar Bantuan Awal Persekolahan 2024 – Semakan dan Tarikh Bayaran

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2024, Syarat Kelayakan dan Cara Daftar. Semakan Kelulusan dan Tarikh Bayaran Bantuan KPM Terkini.

TERKINI : Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa pada Januari 2024

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran

Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.

Sila rujuk info lanjut melalui Garis Panduan berikut:

Pelaksanaan Bantuan

Pelaksanaan pemberian bantuan ini akan dijalankan mulai 17 Januari 2022 bagi murid tahun 2 sehingga tingkatan 5.

Untuk murid tahun 1, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan sehingga proses pendaftaran selesai dijalankan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang bakal diperoleh bagi pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 secara one-off.

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a) Murid warganegara Malaysia:

b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan

c) Murid bersekolah di :

i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2024

Mulai Januari 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Advertisement


Leave a Comment