Advertisement

Cara Mohon dan Daftar Bantuan Ujian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing

Kemaskini! Cara Mohon dan Daftar Ujian Memandu Percuma. Kerajaan Menanggung Bayaran untuk Lesen Motosikal Kelas B2 dan Lesen Teksi, Bas serta e-Hailing. Syarat Kelayakan dan Semakan Kelulusan.

Apakah Ujian Memandu Percuma Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2023?

Insentif Ujian Memandu Percuma yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 ini rata-ratanya disambut dengan baik oleh banyak pihak kerana menyedari kos mengambil lesen memandu yang boleh dikatakan agak mahal untuk sesetengah individu.

Tujuan utama program bantuan lesen ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.

Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing ini untuk membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig.

KATEGORI BANTUAN

Menerusi program bantuan lesen memandu ini, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran bagi mereka yang ingin memperolehi lesen memandu B2. Kategori kelayakan bantuan lesen seperti berikut :

  • Ujian memandu motorsikal B2
  • E-hailing
  • Teksi
  • Bas

Perkara ini telah diumumkan Perdana Menteri melalui memenuhi keperluan ekonomi rakyat dalam sidang belanjawan BAJET 2023.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak pernah mengambil lesen sebelum ini
  • Mental dan fizikal sihat
  • Tiada kecacatan ahli
  • Nama anda tidak pernah disenaraihitamkan oleh PDRM Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ

CARA PERMOHONAN

Untuk makluman, secara rasmi perlaksanaan bantuan ini akan dilakukan pada tahun ini. Cara untuk memohon bantuan akan diumumkan dalam masa terdekat untuk rakyat Malaysia membuat permohonan.

Anda boleh mennghubungi pusat belajar memandu berdekatan tempat tinggal anda untuk mendapatkan harga terkini ujian belajar memandu.

Baca lagi: Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia

Advertisement


Leave a Comment