Advertisement

Cara Mohon PISMP 2023 – IPG [Calon Lepasan SPM Tahun 2020, 2021, 2022]

Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 Program Ijazah Sarjana Muda Pergurusan (PISMP) – Dengan Kepujian dan Pengambilan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam Calon SPM Tahun 2022 | Syarat Kelayakan Tawaran Pengambilan Guru IPG | Semakan IPG | PISMP 2023

PERMOHONAN PISMP AMBILAN TAHUN 2023 & TARIKH-TARIKH PENTING

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam.

Permohonan dibuka bermula 15 Mac – 14 April 2023.

Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.

Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi
keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG
berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Rujuk butiran pengajian berikut:

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023

Calon SPM Tahun 2020, 2021 dan 2022

  • Laluan Perdana
  • Laluan Khas
  • Ambilan Khas

Mod Pengajian : Sepenuh masa

Tempoh Pengajian :

  • 1 tahun Persediaan
  • 4 tahun Ijazah

Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam

Calon SPM Tahun 2022

Mod Pengajian : Sepenuh masa

Tempoh Pengajian :

  • 4 tahun Ijazah di Universiti Luar Negara
  • 1 tahun PDPP di IPG

Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon

Calon SPM tahun 2022 boleh mengemukakakn permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.

Tarikh Permohonan Sarjana Muda PISMP 2023

Mulai 15 Mac hingga 14 April 2023

Layari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 MAC 2023.

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

TEMU DUGA

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

PENAWARAN

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Jangkaan Tarikh-tarikh Penting PISMP

Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut.

Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

BILAKTIVITITARIKH
1Permohonan15 Mac – 15 April 2023
2Permohonan Fasa 21 Jun – 10 Jun 2023
3Pelaksanaan e-UKCG20 – 29 April 2023
4e-UKCG Fasa 2

*Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1.
13 Jun 2023
5Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP20 – 22 Jun 2023
6Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
28 Jun – 3 Julai 2023
7Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 Julai 2023
8Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 – 8 Julai 2023
9Keputusan tawaran Pengajian ke IPG16 Julai 2023
10Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus7 – 8 Ogos 2023
  • Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.

Tips & Panduan Permohonan PISMP

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:

ATAU ajukan pertanyaan anda melalui:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760

Emel : | jpp@ipgm.edu.my |

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment