Advertisement

Cara Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Kolej MARA Sesi 2023/2024

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI KOLEJ MARA (KM) SESI 2021/2022

DIBUKA mulai 8 Julai 2021 selepas 3.00 ptg sehingga 12 Julai 2021

Untuk Semakan terus ke Portal UPIM di => https://apponline.mara.gov.my/upimonline/

GarisPanduanMatrik

TATACARA SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

  1. Semakan keputusan permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di laman Portal
    UPIM http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ mulai 08 Julai 2021 selepas jam 3:00 petang.
  2. Pemohon perlu masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan.
  3. Jika keputusan adalah LAYAK dan pemohon bersetuju untuk menerima tawaran ini, pemohon
    perlu:
    a. membaca maklumat tawaran dengan teliti,
    b. membuat bayaran YURAN PENDAFTARAN berjumlah RM275.00 secara dalam talian (online)
    menerusi perkhidmatan bayaran elektronik MARAeps di https://bayar.maraeps.my ,
    c. Selepas PEMBAYARAN dibuat, WAJIB LAYARI SEMULA Portal UPIM di
    http://apponline.mara.gov.my/upimonline untuk PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN,
    pemohon dikehendaki:
    (i). Klik butang KLIK DI SINI JIKA TELAH CETAK SLIP TAWARAN DAN BAYARAN
    SETUJU TERIMA TELAH DIBUAT,
    (ii). Klik butang SETUJU TERIMA TAWARAN,
    (iii). Masukkan NOMBOR TRANSAKSI ID di ruangan yang disediakan,
    (iv). Klik butang HANTAR,
    (v). Klik butang CETAK SURAT TAWARAN,
    .
    (vi). Klik butang MUAT TURUN untuk dapatkan salinan SURAT TAWARAN & SENARAI
    SEMAK/DOKUMEN. Wajib CETAK kedua-dua dokumen tersebut. Sila BACA &
    FAHAMKAN butiran yang tertera di dalam PANDUAN PENDAFTARAN.
  4. Sekiranya keputusan permohonan pemohon didapati TIDAK LAYAK, pemohon boleh membuat
    RAYUAN permohonan secara dalam talian (online). Keputusan RAYUAN akan dikeluarkan dari
    semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran, bergantung kepada kelayakan dan kekosongan
    penempatan.
  5. Tawaran adalah TERBATAL jika pemohon gagal untuk membuat bayaran yuran pendaftaran dan pengesahan setuju terima pada tarikh yang telah ditetapkan.
  6. Sesi pendaftaran akan dilaksanakan secara DALAM TALIAN bermula 12 Julai 2021 selepas jam10:00 pagi. Sila layari laman sesawang KM Kuala Nerang dan KM Kulim seperti jadual di bawahuntuk mendapat maklumat lanjut berkaitan urusan pendaftaran dalam talian tersebut:
  1. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi program Matrikulasi KPM di KM Sesi 2021/2022
    adalah secara DALAM TALIAN bermula pada 28 Julai 2021.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081

Email : upim.bpt@mara.gov.my
Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
Twitter : Hi Edu MARA
Telegram : Hi Edu MARA
Instagram : Hi Edu MARA
Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
WhatsApp : +6011-58521184

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment