Advertisement

Cara Daftar mySPP Online | Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Kemaskini! CARA PENDAFTARAN mySPP online bagi Permohonan Jawatan Kosong yang di iklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Malaysia.

Pada 7 Julai ini akan di iklan sebanyak 18,702 bagi Pengambilan Khas Guru DG41 Secara One-Off. Oleh itu Anda perlu mendaftar di Portal mySPP terlebih dahulu untuk memohon. Bagaimana Cara Daftar ?

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

Setiap tahun akan terdapat beberapa jawatan kosong yang diiklankan pada laman web mySPP. Maka, anda boleh mengisi borang permohonan yang disediakan pada portal ini.

Sebelum anda boleh menggunakan mySPP, anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut kami kongsikan caranya.

Daftar Akaun mySPP Online

Cara untuk daftar mySPP secara online adalah dengan, layari laman Web Rasmi mySPP

=> https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp?color=oren

Kemudian, klik butang Daftar Akaun seperti yang tertera pada gambar di bawah ini.

Selepas anda klik, borang pendaftaran akan dipaparkan dan isikan semua maklumat yang diminta pada borang berkenaan.

Selesai mengisi borang, klik butang daftar pada bahagian bawah sekali.

Tahniah, anda berjaya mendaftar dan bolehlah mula login.

Login mySPP – Portal Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Jika anda telah mendaftar dan mempunyai id pada myspp, bolehlah login DISINI

Masukkan MyID/ Kad Pengenalan serta kata laluan, dan klik LOG MASUK.

MUAT TURUN PANDUAN PENUH CARA PENDAFTARAN mySPP KLIK SINI

Berikut Di tunjukkan secara Video Tutorial Cara Daftar mySPP 2021 yang dikongsi oleh Channel Youtube
Pusat Internet Komuniti Kg. Lubok, Weston

Baca Juga : IKLAN JAWATAN GURU GRED DG41 | Pengambilan Khas 18,702 Guru Secara One-Off pada 7 Julai 2021


Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah keperluan minima untuk menggunakan mySPP?

Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.

2. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan jawatan di mySPP?

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi mySPP.

3. Saya telah mendaftar menggunakan MyID dan menetapkan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPP untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?

Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temu duga.

4. Saya telah mendaftar di mySPP dan terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran, bagaimanakah untuk memperbetulkan kesilapan tersebut?

Anda boleh memperbetulkan kesilapan maklumat dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.

5. Sekiranya saya telah membuat pendaftaran MyID dan tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Apakah yang harus saya lakukan?

Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa pendaftaran MyID, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

6. Apabila saya mendaftar akaun baharu, kenapa dipaparkan mesej ‘Harap maaf! MyID telah wujud’?

Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Mohon supaya klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan pada skrin bagi menetapkan semula kata laluan akaun yang telah didaftarkan.

7. Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?

Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemas kini.

8.  Bagaimanakah hendak mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan pilihan berikut:-

  • Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran).

Bagi pilihan (a), anda diminta memasukkan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat dalam Kad Pengenalan). Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR.

Perhatian: Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.

Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR. Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya.

Sekiranya masih gagal untuk menetapkan semula kata laluan, mohon rujuk Panduan Pengguna mySPP.

Sekiranya masih juga tidak berjaya menetapkan semula kata laluan, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

9. Saya menghadapi masalah iaitu apabila klik pautan dalam mySPP, mesej pop-up blocker berlaku. Bagaimanakah saya hendak mengatasi masalah pop-up blocker itu?

  • Bagi pelayar web (web browser) Internet Explorer, sila klik Tools > Pilih Pop-up Blocker > Turn Off Pop-up Blocker.
  • Bagi pelayar web (web browser) Mozilla Firefox, sila klik Tools > Pilih Options > Sila (un-tick) Block pop-up windows > klik OK.
  • Bagi pelayar web (web browser) Google Chrome, sila klik Settings > Pilih Privacy and security > klik pada Site Settings > Pilih Pop-ups and redirects > Disable Blocked (recommended).

9. Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?

Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.

10. Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?

Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

11. Sekiranya saya mendapati telah tersilap memasukkan maklumat semasa permohonan dan telah menghantar permohonan beberapa hari yang lepas, bolehkah saya mengubah maklumat yang tersilap tadi?

Boleh. Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.

12. Bagaimanakah saya hendak melanjutkan tempoh permohonan?

Anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses.

13. Bagaimana saya hendak mengisi lebih dari sepuluh (10) matapelajaran keputusan?

mySPP hanya membenarkan sepuluh (10) matapelajaran sahaja diisi. Pemohon hendaklah mengisi sepuluh (10) mata pelajaran terbaik termasuk matapelajaran di dalam Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan.

14. Saya mempunyai empat keputusan pengajian tinggi iaitu keputusan Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan PhD. Bolehkah saya mengisi kesemua keputusan ini?

mySPP hanya membenarkan mengisi tiga (3) keputusan pengajian tinggi sahaja. Pemohon boleh mengisi tiga (3) keputusan terkini dan keputusan Diploma dan  Sarjana Muda adalah wajib mengikut pilihan skim yang dimohon.

15. Saya tidak menjumpai IPT / bidang pengkhususan / sijil profesional / sijil ikhtisas / SKM / SVM saya dalam senarai Maklumat Akademik mySPP. Bagaimanakah saya hendak tambah maklumat tersebut?

Bagi penambahan IPT / bidang pengkhususan, sila semak terlebih dahulu adakah keputusan anda diiktiraf untuk lantikan dalam perkhidmatan awam di Sistem

Pengiktirafan            Kelayakan            Perkhidmatan            Awam            (eSISRAF) (https://www2.mqa.gov.my/esisraf/). Sekiranya diiktiraf, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

16. Adakah sijil matrikulasi boleh digunakan untuk permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29?

Tidak boleh.

17. Saya mengalami masalah selain yang dinyatakan di atas. Bagaimanakah SPP boleh bantu saya?

Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.

Talian Hotline mySPP :

Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020

Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022

Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) : Klik Di sini | Info Penuh FAQ

#Panduan Pendaftaran mySPP #Login mySPP #Daftar Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan | Pelajaran #Cara Permohonan Guru DG41 #Iklan Pengambilan Guru DG41 #Iklan SPP 2021

Advertisement


Leave a Comment