Advertisement

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM Lepasan SPM

KEMASKINI!! PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM ALIRAN TAHFIZ AMBILAN TAHUN 2021 BAGI LEPASAN SPM 2020 | #Syarat Kemasukan Tingkatan Terkini 2021 #Borang Permohonan Tingkatan 6 2021 #Permohonan Tingkatan 6 2021 #

Senarai pusat tingkatan enam yang menawarkan STPM aliran tahfiz :-
1. SMK Agama Putrajaya
2. SMK Agama Kedah
3. SMK Agama Kerian
4. SMK Agama Maahad Muar
5. SMK Agama Tok Bachok
6. SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
7.SMK Agama Kota Kinabal

*SYARAT-SYARAT PERMOHONAN*
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;

2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau

4. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;

5. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al- ‘Arabiah al-Mu’asirah / Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab dan;

6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.

7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

Tarikh permohonan dibuka dari *08 Jun 2021 sehingga 19 Jun 2021 jam 11.59 malam* dan semua lepasan SPM yang berkelayakan dipelawa untuk memohon.

*AYUH SEMUA LEPASAN SPM JANGAN LEPASKAN PELUANG INI*.
Boleh tekan link di bawah untuk mengisi permohonan secara online
=> KLIK SINI

*SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI* :
En. Mohd Radzi bin Ishak
En.Fazrul Azman bin Haji Khairuddin

*Bahagian Pendidikan Islam*
*Kementerian Pendidikan Malaysia*
No Tel: 03-83217339 / 03-83217346
Emel : azman.khairuddin@moe.gov.my / radzi.ishak@moe.gov.my

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment