Advertisement

Cara Mohon Bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor)

Kemaskini! Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor 2022 RM200 Sebulan | Semakan Status Kelulusan dan Tarikh Bayaran

Kerajaan negeri Selangor perkenalkan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk membantu para ibu dari kumpulan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Jom ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Apakah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?

Kasih Ibu Smart Selangor IBU TUNGGAL adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu TUNGGAL di Selangor.

Menerusi program ini, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon kad KISS Selangor adalah:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
  • Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
  • Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Cara Permohonan Bantuan KISS Selangor

Pendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di pautan laman web berikut:
https://secure.kiss.com.my/single-mother

Muat turun Borang:

Borang-KISS-Selangor

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN DENGAN PERMOHONAN

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
  • Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
  • Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan melalui saluran berikut:

Advertisement


Leave a Comment