Advertisement

Cara Daftar dan Tebus RM100 eMADANI Touch n Go

Kemaskini! Cara Daftar dan Tebus eMADANI RM100 melalui Touch n Go TNG. Tuntutan akan dibuka mulai 4 Disember 2023.

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui 4 rakan e-dompet yang terpilih, iaitu Shopeepay, TNG eWallet, Setel atau MAE.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

Cara Login & Verify Akaun TNG eWallet

Make sure korang boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eMADANI RM100 & banyak lagi ganjaran pada hari Isnin, 4 Disember 2023 nanti!

Cara Penebusan eMadani TNG eWallet

Sila login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan.

Kredit ini akan tersedia untuk ditebus mulai 4 Disember 2023.

Pastikan anda telah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.

Setelah berjaya menebus, sila gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Tarikh Penebusan & Pembelian Menggunakan Kredit e-Dompet eMadani TNG

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023
Advertisement


Leave a Comment