Advertisement

Cara Mohon Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak 2023

Kemaskini! Permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak Dibuka. Syarat Kelayakan dan Semakan Kelulusan. Kadar Bantuan dan Tarikh Tutup.

Mahasiswa anak Negeri Perak kini boleh membuat permohonan untuk Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak di bawah Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia.

Untuk makluman, Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahsiswa sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Manakala, Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak adalah bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Untuk Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak, permohonan boleh dibuat mulai 8 Februari 2023 sehingga 10 Mac 2023 manakala Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak boleh dibuat mulai 8 Februari 2023.

Kadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak: Minimum RM500, maksimum RM2,000 (kelulusan mengikut kesesuaian).
  • Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak: sehingga RM5,000 (kelulusan mengikut kesesuaian)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    – Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).
  6. Keutamaan permohonan adalah kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

ii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau
    – Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    – Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Pemohon sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Pemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga).
  6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://eheyns.com.my/bantuan-khas-mahasiswa/.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

i) Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.
  6. Penyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu/penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  7. Borang Perakuan: Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan

ii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak

  1. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan.
  6. Penyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu/penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendirisila dapatkan pengesahan pendapatan.
  7. Borang Perakuan: Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak, sila hubungi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak di talian 05-2538600.

Advertisement


Leave a Comment