Advertisement

Cara Mohon Bantuan Program PRIHATIN Kasih 2023 [MYKASIH Kapital]

Kemaskini!! Cara Mohon dan Semakan Status Penerima Program PRIHATIN Kasih : RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan | Daftar PRIHATIN Kasih 2021 | Bantuan Barangan Dapur Menggunakan MYKAD untuk 300,000 Isi Rumah Miskin Bandar.

SEMAKAN BOLEH DI BUAT DI SINI

=> https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx

UNTUK PERMOHONAN BAHARU BANTUAN MAKANAN => KLIK SINI

Jadual Pembayaran

Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan.

Contohnya, jika pembayaran pertama dilakukan pada bulan Julai 2021, jadualnya adalah seperti berikut:

BULANJUMLAH
JULAIRM100
OGOSRM100
SEPTEMBERRM100
JUMLAHRM300

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.

Sekiranya anda layak namun tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, anda boleh menghubungi MyKasih Foundation melalui emel info@mykasih.com dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

Info Penting Bantuan Pakej PEMULIH 2021

#DAH DAFTAR PRGORAM EKASIH ? JIKA BELUM.. DAFTAR SEKARANGKLIK SINI


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan Program Bantuan MyKasih Kapital kini sudah dibuka untuk permohonan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, permohonan boleh dibuat melalui pautan yang terdapat di laman Facebook Yayasan Kebajikan Negara.

BANTUAN MYKASIH KAPITAL
Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).
Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

OBJEKTIF BANTUAN

Objektif Bantuan MyKasih Kapital ini adalah untuk :

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran bantuan ini adalah merupakan peniaga WANITA yang memulakan perniagaan secara:

  • E-dagang atau
  • Dropship

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diterima oleh setiap individu untuk modal perniagaan berjumlah:

  • Maksimum RM1,000

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan MyKasih Kapital adalah terdiri daripada:

  • Golongan wanita
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit

CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Golongan wanita yang berminat untuk memohon bantuan yang disediakan ini, sila isi borang permohonan secara atas talian. Permohonan bantuan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Langkah itu seiring menyokong pemerkasaan negara khususnya dalam fasa pemulihan negara akibat pandemik Covid-19. Golongan wanita disarankan untuk memohon dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini untuk untuk menggalakkan ‘shared responsibility’ dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut:
Tel: 03 8323 2433Layari: yknm.org.my

Unutk Info Lanjut Senarai Bantuan Kerajaan Terkini KLIK Sini!

Advertisement


Leave a Comment