Cara Mohon dan Daftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kemaskini! Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Syarat Kelayakan dan Semakan Status Kelulusan. Cara Login MySTR 2024 serta Kemaskini STR Online
STR 2024 : Kadar Sumbangan Tunai Rahmah – Belanjawan 2024
Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Tambah beliau, sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.
Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Sementara itu, manfaat SARA (Sumbangan Asar Rahmah 2024) pula akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar sehingga RM40 sebulan memanfaatkan lebih 142,000 isi rumah miskin tegar juga diteruskan.
Rujuk video di bawah untuk melihat sesi ucapan pembentangan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan berhubung Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dalam Belanjawan 2024, 13 Oktober 2023 :
Tarikh Permohonan
Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Cara Permohonan
Pemohon STR boleh layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut untuk permohonan.
Tarikh Bayaran Pertama STR 2024
Bayaran pertama bantuan tunai untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.
Namun bagi STR 2024, bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM 500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.
Advertisement