Advertisement

Cara Mohon Bantuan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia : Tablet Percuma untuk Pelajar IPT

Kemaskini! Permohonan dan Cara Daftar Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022. Bantuan Tablet Percuma kepada semua Pelajar IPT B40. Memberi manfaat kepada 600,000 mahasiswa IPT keluarga B40. Syarat Kelayakan pemohon dan semakan kelulusan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.

Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara rasmi hari ini.

Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

Kelayakan

Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh pendaftaran dijangka bermula pada 1 Ogos 2022

UNTUK PERMOHONAN PENDAFTARAN KLIK SINI SEGERA!!

Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:

Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:

1. Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

2. Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini?

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

4. Bilakah pendaftaran akan bermula?

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (Dijangka dalam bulan April – Jun 2022)

Info Penting Bantuan Bajet 2022 :-

Advertisement


Leave a Comment