Cara Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Sesi 2023 / 2024
Kemaskini! Keputusan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh di semak bermula 7 Mac 2023. Tarikh Pendaftaran dan Soalan Lazim serta keperluan untuk Pendaftaran Kemasukan dan Permohonan MRSM untuk Rayuan.

Cara Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2023 / 2023 & Tarikh Pendaftaran
TERKINI: Keputusan kemasukan MRSM diketahui 7 Mac 2023
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8.00 malam, 7 Mac 2023.
Ahmad Zahid berkata, pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.
“MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
“MARA tahun ini, menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar,” katanya.
Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA mulai 7 Mac 2023.
Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.
Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM).
Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2023 / 2024
Sila layari laman web Mara untuk semakan.
Link semakan:
TINGKATAN 1
https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1 (Pautan dibuka pada jam 8.00 malam, 7 Mac 2023)
TINGKATAN 4
https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4 (Pautan dibuka pada jam 8.00 malam, 7 Mac 2023)
ATAU
Terus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my
Tarikh Pendaftaran
Pendaftaran bagi pelajar baharu MRSM ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2023.
Advertisement