Cara Mohon Rayuan STR 2023 Fasa 3 – Kod Alasan Tidak Lulus
Kemaskini! PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3 – 2023 | Anda tidak layak untuk terima bayaran STR 2023 | Ini adalah langkah untuk permohonan Rayuan serta sebab dan Kod tidak layak menyebabkan anda tidak Lulus.
Semakan Status Tidak Lulus & Alasan
Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.
Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Alasan tidak lulus STR boleh disemak melalui menu > Semakan Status.
KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR Fasa 3 adalah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR Fasa; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR Fasa 3 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
KOD ALASAN TIDAK LULUS STR
Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus NKM melalui KOD TIDAK LULUS STR yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS STR adalah seperti berikut:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
11 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
29 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
30 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap |
31 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
34 | Pasangan meninggal dunia |
35 | Anak meninggal dunia |
36 | Pendapatan perlu pengesahan |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan |
41 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06).
- Permohonan STR Fsa 1 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
- Berstatus pelajar pada tahun 2022/2023; atau
- Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
- Saya masih belajar dan Permohonan STR FAsa 1 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan STR?
- Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan STR. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2022/2023 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
PERMOHONAN RAYUAN STR TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN
Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai (Akan dikemaskini kemudian)
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Permohonan Rayuan STR 2023 boleh dibuat:
- Secara dalam talian – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
- Secara borang kertas – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 3
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
- Melalui atas talian pada laman web MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- login ke dalam sistem MySTR klik PermohonanRayuan.
- Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN STR FASA 3
Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:
- Layari laman web rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Masukkan kod catcha yang tertera
- Tekan semak
- Status BKM anda akan terpapar:
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
- Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.
TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN STRA FASA 3
Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀
SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR
Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?
- Ya boleh
Bilakah tarikh buka permohonan rayuan STR Fasa 3?
- 3 Julai hingga 31 Julai
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan STR?
- Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BKM
Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Info terkini, Semakan Status Kelulusan, Cara Mohon dan Daftar dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
2 Pingbacks
STR 2023 | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Semakan Status Kelulusan | Cara Login - Semakan Online 2023
Cara Semak Status Kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 - Portal eKerajaan.Com