Cara Mohon Program SULONG B40 – Yuran Pengajian Percuma
Permohonan dan syarat Kelayakan Program SULONG B40 adalah Bantuan Kerajaan terkini untuk Pelajar IPT. Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.
Bagi memelihara kebajikan pelajar negara dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, kini seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama keluarga B40 diumumkan akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.
Aturan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah inisiatif program Pembangunan Sulung Keluarga Malaysia ini untuk makluman akan menyokong usaha tersebut dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.
Sebagai perincian, kumpulan pelajar ini dipilih berasaskan keputusan cemerlang mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di samping itu kumpulan ini juga turut berdepan kekangan wang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.
Namun untuk makluman, sokongan program ini diperincikan hanya tersedia untuk memberi pengecualian yuran pengajian sahaja, sementara kos sara hidup pelajar pula masih tertakluk akan tanggungan keluarga pelajar.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.
Sejarah & Latarbelakang Inisiatif Sulung B40
Program ini pertama kalinya digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.
“Menjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.
“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.
“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini,” katanya.
Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.
Lebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.
Ia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
- Tawaran Biasiswa Suung
- Asrama
- Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan
Cara Permohonan & Kelayakan
KPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang fokus membantu pelajar B40.
Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.
Advertisement