Advertisement

Cara Mohon Kerja Kerajaan Terkini 2024

Kemaskini! Cara-cara dan panduan pendaftaran bagi memohon kerja dalam sektor Awam atau Kerja Kerajaan melalui “online” di dalam portal suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA9). 

Bermula Oktober, pihak SPA telah memperkenalkan sistem baharu iaitu SPA9 dimana kepada mereka yang ingin mohon kerja sektor Kerajaan, mereka perlu memohon melalui sistem baru ini. Jom tengok cara memohon dibawah. Untuk semak Pengiktirafan MQA dan lain-lain

Permohonan dan pendaftaran ini adalah dibuka sepanjang masa. Seiringan dengan kemajuan IT di dalam negara Kita, pihak Kerajaan telah menubuhkan Portal SPA (www.spa.gov.my) bagi tujuan untuk memudahkan orang ramai yang berkelayakan membuat permohonan & pendaftaran perkerjaan didalam sektor Awam. 

Untuk pengetahuan semua, sistem permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah dinaik taraf daripada SPA8i kepada SPA9 bermula 28 September 2020.

SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah SPA.

Untuk semakan TERKINI .. Jawatan-jawatan kosong kerajaan di seluruh negara..

Boleh semak di sini – Semak kekosongan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Bagi Permohonan baru ikuti cara pendaftaran masuk dan login SPA9 disini :

Langkah 1 : Pergi ke Portal Rasmi SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/

Langkah 2 : Kemudian klik pada “Pendaftaran Pengguna” bagi permohonan baru

2. Isi semua maklumat diperlukan dan klik ‘Hantar”

3. Pendaftaran berjaya dan login semula ke SPA9 dengan Klik “Log Masuk”

4. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik “Seterusnya”

5 Setelah itu pastikan klik pada “Pengakuan Pemohon” dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik “HANTAR”

6. Untuk semak status permohonan klik “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”

7. Untuk melihat status permohonan semasa klik ” Status Permohonan Semasa”

1. Masuk ke portal rasmi SPA9 di laman sesawang berikut: 

Cara Mohon SPA9

Klik Sini – https://spa9.spa.gov.my/login

2. Pastikan anda membaca peraturan yang disediakan dan tidak memasukkan maklumat palsu atau mengelirukan.

Klik ‘Pendaftaran Pengguna’

Lengkapkan maklumat seperti yang diminta Tanda pada kotak dan klik setuju

3. Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun SPA8i, anda perlu membuat “Pendaftaran Pengguna” bagi memasuki ruangan SPA9 ini.

Masukkan maklumat terkini dan tekan butang ‘Daftar’.

Kembali semula ke halaman depan SPA9

4.  Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.

Pendaftaran pekerjaan dalam SPA9

i. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);

ii. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;

iii. Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower

Setiap permohonan, tempoh sah laku adalah selama setahun daripada tarikh mula mohon. Jika setahun tiada kekosongan, anda perlu mohon sekali lagi.

Jika permohonan anda layak, pihak SPA akan menghantar panggilan peperiksaan/temu duga melalui Emel. Jadi pastikan emel yang didaftarkan adalah tepat dan mudah diakses. Anda juga perlu sentiasa semak folder Spam Mail atau Junk Mail dalam emel anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan, anad boleh hubungi HOTLINE SPA di 03-8091 9000

Advertisement


Leave a Comment