Advertisement

Cara Tebus Data Internet Percuma Semua Telco | Celcom | Maxis | Digi | Umobile dan lain -lain

Kemaskini! Cara Tebus dan Claim Data Internet Free Percuma Semua Telco Celcom, Maxis, Digi, TuneTalk, Umobile, Yoodoo, OneXOX dan Unifi Mobile

Kerajaan bersetuju untuk memberikan 1GB PERCUMA kepada mereka yang layak dengan anggaran nilai sehingga RM500 juta dan memanfaatkan sehingga 44 juta pelanggan internet sedia ada.

Malahan, pemberian 1GB percuma ini juga boleh digunakan oleh mereka yang layak sehingga hujung tahun 2021 iaitu sehingga 31 Disember ini.

Lanjutan pemberian 1GB percuma ini sangat bermanfaat buat pelajar yang mengikuti kelas PDPR di rumah masing-masing dan diharap ianya adalah berita yang sangat mengembirakan buat semua.

Berikut dikongsikan cara-cara tebus / claim internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.

1. Celcom

Untuk pengguna Celcom anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS / download apps.

2. Maxis

Pelanggan Maxis dan Hotlink perlu menebus data percuma melalui aplikasi rasmi mereka.

Anda juga boleh menebus 1GB percuma dengan menelefon *100# (Maxis) dan *868# (Hotlink).

Untuk menebus internet percuma melalui apps, caranya:

Maxis Postpaid

  • Aplikasi MyMaxis > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Maxis Biz Postpaid

  • Aplikasi MyMaxis Biz > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Hotlink Flex Postpaid

  • Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Hotlink Prepaid

  • Aplikasi Hotlink RED > klik pada banner di muka utama dan pilih “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass di bawah tab ‘Shop’

3. Digi

Pelanggan Digi perlu tebus data 1GB percuma melalui aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mengaktifkan pemberian data percuma ini.

Pelanggan pascabayar boleh menebus melalui apps MyDigi > Rewards.

Manakala pelanggan prabayar boleh menebus dengan cara menelefon *128#

4. TuneTalk

Pelanggan TuneTalk perlu menghantar SMS “STAYHOME” ke 2222 sekali sahaja untuk mengaktifkan pelan data percuma ini.

5. U Mobile

Para pelanggan U Mobile akan menerima data percuma ini secara automatik.

Namun hanya untuk pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja.

Pelanggan WeChat Go tidak layak menerima data percuma ini.

6. Yoodo

Selain data percuma secara automatik, Yoodo turut memberikan lebih data kepada para pelanggannya

Data yang diberikan tiada had masa dan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan seterusnya.

7. Unifi Mobile

Para pelanggan Unifi akan menerima pemberian data ini secara automatik.

Kesimpulannya, berikut cara claim internet percuma anda:

  • Celcom – Automatik
  • Digi – Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
  • Maxis – Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
  • UMobil e- Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special OfferPostpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer (Tawaran Istimewa)
  • TuneTalk – SMS STAYHOME ke 2222
  • ONEXOX – Tebus atau redeem melalui aplikasi ONEXOX Black atau tekan USSD *150#.

Semoga anda dapat menggunakan bantuan yang telah diberikan ini agar segala urusan anda dipermudahkan dari semasa ke semasa sepanjang.

Info Penting lain Bantuan Pakej PEMULIH 2021

Advertisement


Leave a Comment