Cara Mohon Pengajian Timur Tengah (Mesir dan Jordan) Lepasan SPM dan STAM

PELAWAAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR DAN JORDAN) BAGI SESI KEMASUKAN TAHUN 2025 

PENGUMUMAN PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH (MESIR) TAHUN 2025

PENGUMUMAN:

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir) bagi tahun 2025 akan dibuka mulai 2 Mei 2025 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 31 Mei 2025 (Sabtu), jam 5.00 petang. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Timur Tengah https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah yang dikendalikan oleh Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pihak Bahagian seperti maklumat di bawah.

Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
No. Tel : 03-8870 6609/ 6226/ 6148/ 5565
E-mail : tt.bem@mohe.gov.my

Sekian, terima kasih.


PEMAKLUMAN KAEDAH PERMOHONAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE JORDAN SESI 2025/2026

PENGUMUMAN:

Sebagaimana yang semua sedia maklum, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT) adalah Bahagian yang bertanggungjawab untuk mengendalikan proses permohonan melanjutkan pengajian ke universiti di Mesir dan Jordan menerusi Sistem e-Timur Tengah seperti pautan berikut: https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ sistem yang dikawalselia oleh pihak JPT, KPT melalui BPPT.

Bermula dari Ogos 2024, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan Saintifik (KPT) Jordan telah memperkenal sistem permohonan kemasukan secara berpusat bagi pelajar asing yang ingin melanjutkan pengajian ke Jordan sebagaimana sistem UPU yang diamalkan di Malaysia bagi pelajar tempatan. Sistem permohonan berpusat oleh KPT Jordan ini dikenali sebagai Unified Admission System for Foreign Students (UASFS).

Justeru, bermula kemasukan Sesi Oktober 2025, permohonan kemasukan ke Universiti Awam di Jordan tidak lagi perlu melalui Sistem e-Timur Tengah yang diuruskan oleh JPT, KPT seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke universiti awam di Jordan bagi sesi Oktober 2025 perlu memohon secara terus kepada KPT Jordan melalui sistem UASFS yang akan dibuka selama SATU (1) bulan bermula dari Jun 2025. Pautan ke sistem UASFS adalah seperti berikut : https://studyinjordan.jo/isaapp/ISALoginEN.aspx

Bagi permohonan ke mana-mana Universiti Swasta di Jordan pula, permohonan perlu dibuat secara terus kepada universiti berkenaan tanpa perlu melalui Sistem e-Timur Tengah mahupun UASFS.

Pemohon dinasihatkan agar memohon kursus pengajian yang diiktiraf oleh badan profesional berkenaan di Malaysia dan Malaysian Qualification Agency(MQA). Bagi semakan pengesahan MQA, pemohon boleh merujuk kepada sistem eSisraf, manakala bagi kursus pengajian yang tidak tersenarai dalam eSisraf, mekanisme pengiktirafan adalah seperti makluman Pekeliling MQA Bil. 6/2019 yang boleh dimuat turun dari laman sesawang MQA seperti berikut: https://www.mqa.gov.my/.

Pihak JPT, KPT TIDAK PERNAH MELANTIK PIHAK KETIGA ATAU EJEN bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Jordan.

Sehubungan dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan permohonan yang ingin dibuat adalah melalui saluran yang betul, membaca syarat/panduan kemasukan ke Universiti dengan teliti dan memastikan pemilihan universiti adalah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MQA atau Badan Profesional berkaitan bagi tujuan pengiktirafan bidang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pihak Jabatan seperti maklumat di bawah :

Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
No. Tel : 03-8870 6609/ 6226/ 6148/ 5565
E-mail : tt.bem@mohe.gov.my
Education Malaysia Jordan, Embassy of Malaysia,
No. 5, Hassan Al-Kayed Street,
Off Abai Street, Abdoun,
P.O Box 535
Amman 11183, Jordan
No. Tel: +(962) 6 590 2400 +(962) 6 590 2417;
Emel: emj@mohe.gov.my/

permohonan dikemukakan melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/. Semoga berjaya!!

Advertisement


Leave a Comment