Cara Mohon Jawatan Kosong KKM Terkini 2023 – Kekosongan 4914 Jawatan Berstatus Tetap
PERMOHONAN TAWARAN JAWATAN KOSONG TERKINI KKM 2023
Terkini, Menteri KKM memaklumkan bahawa terdapat 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan, di mana permohonan akan dibuka mulai hari ini (6 Januari 2023) hingga 21 Januari 2023.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).
Menurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.
“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,” katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kekosongan jawatan KKM dalam laman web SPA untuk makluman bersama, khususnya mereka yang sedang mencari kekosongan jawatan dalam sektor awam.
4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023)
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
======================================
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
KEKOSONGAN : 4,263
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-perubatan-gred-ud41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
———————————–
JAWATAN : PEGAWAI FARMASI GRED UF41
KEKOSONGAN : 316
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-farmasi-gred-uf41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
———————————–
JAWATAN : PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41
KEKOSONGAN : 335
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-pergigian-gred-ug41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
Pendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama
CARA DAFTAR SPA 9
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan https://spa9.spa.gov.my/login
- Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas
- Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *
diiisi. - Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk
mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan
penetapan semula kata laluan(reset). - Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
- Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
menghantar pendaftaran tersebut. - Klik “Daftar”.
- Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
- Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
CARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA
Setelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:
Skrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:
- Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login
- Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon
- Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang
dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. - Klik “Log Masuk”.
- Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”.
- Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata
Laluan”.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah sepanjang urusan menaik taraf, sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000
Advertisement