Advertisement

Cara Mohon Diskaun dan Insentif Bayaran Balik PTPTN | Belanjawan 2024

Kemaskini! Permohonan Diskaun Pembayaran balik Pinjaman PTPTN mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 dan juga Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN dan Semakan Status Baki Semasa.

INSENTIF DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI BELANJAWAN 2024

Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Belanjawan 2024.

Tujuan utama inisiatif dan bantuan ini diberikan adalah bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan terutamanya kepada mereka yang memperoleh pendapatan yang rendah.

Ini juga dapat memberi peluang atau tempoh kepada mereka untuk mendapat pekerjaan yang lebih tinggi.

Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk:

KLIK SINI -> Cara Semakan Baki PTPTN Online Terkini

Belanjawan 2024 – Diskaun Bayaran Balik Kepada Peminjam PTPTN

Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2024 memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pembentangan Belanjawan 2024 adalah seperti berikut :​

  • Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

​PTPTN amat komited melaksanakan hasrat Kerajaan melalui Belanjawan 2024. Rebutlah peluang ini dengan melaksanakan bayaran balik pinjaman untuk kesinambungan pembiayaan kepada generasi akan datang.

Mengenai PTPTN

Untuk makluman, PTPTN merupakan salah satu pembiayaan pelajaran yang lazimnya dimohon oleh kebanyakan pelajar bagi melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di dalam negara.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997 yang mana antara fungsi utamanya adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.

Pinjaman ini membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Tempoh Diskaun PTPTN 2023 / 2024

Tempoh diskaun bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Advertisement


Leave a Comment