Advertisement

Cara Mohon Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Sesi 2024/2025

Kemaskini! Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2024/2025 | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) | Sekolah Menengah Teknik (SMT) | Kolej Vokasional (KV) | Maktab Tentera Diraja (MTD) | Syarat Kemasukan Sekolah Khusu (PKSK) Terkini

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2024/2025

Untuk makluman, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 17 September 2023 secara atas talian.

Apakah PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

Format PKSK

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Wajaran Skor20%70%10%

Pelaksanaan PKSK

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.

Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Adalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka memasukan Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025 iaitu:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon telah mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
  • Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2024, murid Tahun 6 tahun 2023 mestilah:
    – Berumur 12 tahun; atau
    – Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
  • Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2024, murid Tingkatan 3 tahun 2022 mestilah:
    – Berumur 15 tahun; atau
    – Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009.

Cara Memohon Kemasukan Sekolah Khusus

Pemohon yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus boleh memohon melalui pautan di bawah:

Untuk mengekses ke dalam sistem, masukkan nombor mykid/mykad pelajar beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses ke dalam sistem.

Tarikh Penting PKSK

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.

Semakan Pusat Pentaksiran

Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Pentaksiran akan bermula pada tarikh berikut:

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.

Keputusan PKSK

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada ..

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Di Sini

Advertisement


Leave a Comment