Advertisement

Rayuan BKC Fasa 1 – Semakan Status Lulus atau Tidak

Kemaskini! Permohonan Rayuan BKC Fasa 1 Tahun 2021 Bagi Isi Rumah, Warga Emas Sebatang Kera dan Bujang | Pembayaran Fasa 1 (September 2021) Fasa 2 (November 2021) dan Fasa 3 (Disember 2021) | Cara Semakan Permohonan Rayuan Bantuan Khasa Covid BKC 2021

Permohonan rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC adalah sama dengan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) jika anda gagal Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan telah membuat permohonan rayuan anda tidak perlu lagi membuat rayuan untuk BKC kerana jika Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) permohonan rayuan anda lulus anda juga akan menerima Bantuan Khas COVID-19 BKC 2021.

Cara Semakan Permohonan Rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC

Cara semakan permohonan rayuan Bantuan Khas COVID-19 BKC adalah menggunakan kaedah yang terperinci agar tiada pihak yang tercicir dari menerima Bantuan Khas COVID-19 BKC ini.

Sehubungan itu, kementerian sentiasa melaksanakan proses semak dan imbang untuk mengemas kini data bagi mengurangkan risiko mereka yang layak tercicir, mengambil kira bantuan diberikan adalah secara bersasar dan berperingkat.

Jadual Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 BKC

Jadual pembayaran BKC asal telah dikemaskini setelah tampok pemerintahan kerajaan berubah baru baru ini.

Bantuan Khas COVID-19 BKC dijadualkan dibuat pada September, November dan Disember, tidak sepertimana jadual asal yang menunjukkan bayaran akan dibuat bermula ogos.

Kemaskini Akaun Bank Penerima BKC BPR

Kerajaan menyarankan penerima BPR yang memohon BKC agar sentiasa menyemak akaun bank mereka supaya sentiasa aktif untuk memudahkan Bantuan Khas COVID-19 BKC dikreditkan ke akaun penerima.

Selain itu, Mohd Shahar berharap penerima BPR membuat semakan akaun bank kerana didapati masih ada yang tidak menyedari BKC dikreditkan ke akaun mereka kerana berpandangan tidak membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan tunai tersebut.

Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 BKC Fasa 1

Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 BKCbagi fasa 1 telah dibuat bermula pada 6 September 2021 seperti nkenyataan YAB PM seperti berikut:

Pada 1 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian BKC fasa satu bermula hari ini, dijangka memanfaatkan 10 juta penerima B40 dan M40 yang layak, terdiri daripada 4.4 juta isi rumah, warga emas (1.1 juta) dan bujang (4.5 juta) dengan peruntukan RM3.1 bilion.

Katanya, BKC pada awalnya dijadualkan pada Ogos lepas namun kelewatan berlaku disebabkan perubahan pentadbiran kerajaan, sebelum perdana menteri mengarahkan pembayaran disegerakan sebaik sahaja Kabinet baharu memulakan kerja.

“Kita mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk memberi bantuan dan kerajaan menggunakan konsolidasi fiskal untuk kita melihat secara keseluruhan perbelanjaan dan penggunaan kewangan negara yang lebih kepada rakyat bagi membantu mereka,” katanya.

Secara keseluruhan, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM17.1 bilion pada tahun ini bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah dan akan diberikan kepada mereka yang layak.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan Rayuan BKC, anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my

Advertisement


Leave a Comment