Advertisement

Cara Daftar Haji Secara Online Terkini Melalui THiJARI

Kemaskini! Kaedah dan Cara Pendaftaran Haji Secara Online 2023 | Cara Daftar Haji Keluarga dan Anak Sekaligus | Semakan Status Daftar Haji | Syarat dan Kelayakan

Konsep Daftar Haji TH

TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.

Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.

Syarat daftar haji:

-Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.

-Tidak pernah menunaikan fardhu haji.

-Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

Cara untuk daftar:

1.Login ke akaun THiJARI

2.Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)

3.Klik Pendaftaran Haji

4.Klik ikon Tambah Pemohon

5.Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.

6.Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.

7.Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.

8.Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.

Selain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui :

1.Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH
2.Bank / rakan strategik TH
3.Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919

Sebelum buka akaun untuk anak-anak, yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI dahulu. Langkahnya seperti berikut:

1.Login akaun THiJARI
2.Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
3.Isi semua maklumat anak-anak.

Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari. Sila bawa dokumen berikut:

-1 salinan dan original surat beranak anak
-1 salinan dan original IC ibu / ayah
-Wang untuk daftar Haji RM1300.00

Sumber: Tabung Haji

Advertisement


Leave a Comment