Advertisement

Cara Tukar Surat Beranak Lama ke Baru

Apakah itu Surat Kelahiran / Surat Beranak?

Setiap kelahiran di Malaysia WAJIB didaftarkan tanpa mengira taraf perkahwinan & kewarganegaraan ibu bapa bayi.Untuk pengetahuan semua, JPN akan keluarkan sijil lahir berwarna hijau kepada bayi warganegara dan merah jambu bagi bukan warganegara.Surat Kelahiran / Surat Beranak adalah sebuah dokumen penting mengenai seseorang individu itu yang kelahirannya sudah didaftarkan.Di Malaysia, pendaftaran untuk setiap kelahiran mestilah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen ini mengandungi beberapa maklumat penting mengenai seseorang individu itu antaranya nama, tarikh lahir, nombor surat kelahiran, nama ibu dan bapa dan beberapa maklumat lain.

Berbanding kad pengenalan yang mesti di bawa ke mana-mana sahaja untuk semakan pihak berkuasa, biasanya kita hanya menyimpan Surat Kelahiran ini sahaja namun mungkin digunakan untuk tujuan-tujuan penting antaranya perkahwinan dan sebagainya.

Surat Kelahiran ini juga merupakan dokumen penting bagi mengesahkan status warganegara seseorang individu itu.

Fungsi & Kepentingan Surat Beranak / Sijil Kelahiran

Kebanyakan daripada kita yang sudah berumur masih menggunakan dokumen Surat Kelahiran yang lama.

Sekiranya MyKad digunakan sebagai pengganti kad pengenalan lama, maka Surat Kelahiran juga sebenarnya telah ditukar ke format baharu.

Sekiranya anda ingin berurusan dengan agensi kerajaan misalnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mungkin sesetengah urusan memerlukan Surat Beranak yang baru untuk tujuan tertentu.

Maka anda hendaklah ke pejabat JPN untuk membuat pertukaran ke Surat Beranak yang baru.

Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini

Mulai tahun 2023, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun depan yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini.

Penambahbaikan selaras dengan insiatif JPN untuk menambahbaik 38 dokumen keselamatan jabatan itu bagi menjaga aspek ketulenan.

Ia memiliki ciri keselamatan dari segi:

  1. Reka bentuk dokumen
  2. Jenis kertas yang digunakan
  3. Jenis dakwat untuk cetakan keselamtan
  4. Dilengkapi watermark bagi mengenallakn berlaku kes pemalsuan dokumen

Walaupun ciri baharu ini diperkenalkan, namun sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.

Cara Tukar Surat Beranak Lama ke Baru

Berikut merupakan cara untuk tukar Surat Beranak Lama ke Baru:

  1. Hadirkan diri ke mana-mana cawangan JPN Negeri
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    • Kad pengenalan
    • Salinan kad pengenalan anda
    • Surat Kelahiran original

Bayaran yang dikenakan hanyalah RM5 dan pembayaran hanya bole dibuat menggunakan kad.

Anda hanya perlu menunggu seketika sebelum Surat Beranak yang baru akan siap.

Kredit kepada Mawarni Sani melalui akaun FB beliau kerana berkongsi tips ini.

Advertisement


Leave a Comment