MyJPJ : Cara Daftar, Semak Lesen Memandu dan Cukai Jalan Roadtax Digital Online
Kemaskini! Pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ | Cara Daftar MyJPJ | Cara Mohon MyJPJ | Cara Semak MyJPJ
Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.
Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
- Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.
DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Jika anda masih belum berdaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu.
Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk tutorial pendaftaran ID MySikap:
LANGKAH 1 : Tekan ‘Daftar Akaun Baharu’
LANGKAH 2: Masukkkan nombot kad pengenalan tanpa sengkang
LANGKAH 3 : Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan
LANGKAH 4 : Jawab soalan keselamatan
Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.
LANGKAH 5 : Tetapkan kata laluan
SELESAI!
Anda akan dibawa ke paparan utama seperti berikut:
SEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL
Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.
Antaranya:
- Bidaan nombor kenderaan
- Semakan nombor terkini
- Semakan lesen kenderaan
- Semakan lesen memandu
- Semakan keputusan Ujian
- Semakan saman
- Semakan senarai hitam
Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.
Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.
SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)
Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.
Berikut adalah paparan yang akan anda lihat :
Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:
SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)
Anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital.
Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :
Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Advertisement