Cara Semakan Keputusan dan Rayuan Matrikulasi KPM bagi Sesi 2025/2026
Kemaskini! Semakan Keputusan Calon Jaya Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM bagi Sesi 2025/2026 #Semakan Tawaran Matrikulasi 2025 #Cara Rayuan Kemasukan Matrikulasi #Lepasan SPM 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2025/2026
INFO KPM: PENGUMUMAN
Semakan keputusan calon jaya Matrikulasi KPM boleh dibuat pada 21 Mei 2025 mulai 10.00 pagi. Layari https://matrikulasi.moe.gov.my.
Rayuan pertukaran Jurusan/Kolej boleh dibuat mulai 22-24 Mei 2025. Rayuan kemasukan turut dibuka bagi pemohon yang tidak berjaya bagi pertimbangan kemasukan ambilan ke-2 dan seterusnya. Rujuk brosur dan soalan lazim untuk maklumat lanjut atau hubungi kami melalui kaedah berikut.
Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpm. Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Apps Telegram: https://t.me/jommasukmatrikulasikpm di https://matrikulasi.moe.gov.my
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks
=> https://matrikulasi.moe.gov.my @
=> https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm
#Cara-Cara mengemukakan Rayuan Kemasukan Matrikulasi dan Rayuan Pertukaran Program ada di tunjukkan dalam Video di bawah. Harap Maklum.
Perkongsian oleh Channel Youtube JOM MASUK MATRIKS
Apakah Program Matrikulasi KPM?
Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu
- Jurusan Sains
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:
Kelebihan Matrikulasi
Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
Kelebihan :
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
- Wajib mengambil MUET
- Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam
Tarikh & Cara Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2025/2026
Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut: matrikulasi.moe.gov.my
Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran
- Surat tawaran
- Panduan pendaftaran pelajar
- Maklumat peribadi pelajar
- Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
- Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
- Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya!
Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar
Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had
pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan
diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap
semester.
Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari
selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.
Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:
Semakan Keputusan Status Permohonan Tukar Program, Jurusan dan Kolej
Calon boleh menyemak Keputusan Permohonan Tukar Program/Jurusan/Kolej mulai …
Boleh Semak di Pautan ini :
=> https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_semaktukar.cfm
#Syarat Kemasukan Matrikulasi 2025/2026
Untuk info Syarat Kemasukan KLIK SINI
#Permohonan Tukar Program/Jurusan/Kolej #Semakan Temuduga JPPro #Semakan Penempatan Matrikulasi #Semakan Peperiksaan Matrikulasi #Result Matrikulasi 2021 KPM
SENARAI MATRIKULASI
Institusi / Alamat | Telefon / Faks | E-mel / Laman Web |
Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my |
Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my |
Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my |
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2025/2026
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)
